okayokay. ni pasal first jumpa NICK ABRAHAM BIN SULAIMAN & NORA FAZIRA BINTI AZIZ.
seriously x plan pun benda ni dari awal. tengah-tengah lepak tengok tv, member bagi tahu dia pergi melaka jumaat tu (27/1/2012) so, apa lg terus la tnya fazira dia free ke tak. dia cakap tak tahu lagi. tapi mungkin free. saya pun sediakan lah ayat nak bagi kat mummy nak minta kebenaran untuk ke melaka. baik punya setting. dia bagi, seronok terus saya time tu. terus malam tu jugak cari hotel nak tidur. haha! tapi lastm fikir balik, baik tidur rumah abang saudara saya. free pun free. hehe. dah plan semua dgn fazira hari rabu. x sabarsabar tunggu hari jumaat. haha!
hari khamis berlalu ~
hari jumaat telah tiba!!
saya bangun dengan rasa seronok di dalam hati. siap-siap apa semua untuk ke stesen bas. bas pukul 12.30 tengahari. pukul 11.00 pagi dah sampai. :D saya bertolak dr shah alam dengan seorang kawan nama amal. dia mastermind semua ni. dalam bas tu text la dengan fazira. text macam biasa, padahal dua-dua berdebar-debar. haha! setelah perjalan selama 2 jam tiba sudah melaka bandaraya bersejarah. excited gila time tu.
turun kat melaka sentral, abang saudara aku cakap ambik bas ke melaka mall tapi nak cepat kita orang naik teksi. cakap dengan driver nak ke melaka mall, tambang rm12. tapi dia salah bawak tempat. dia pergi apa hang tuah apa tah. haha! panas je hati. tapi di sebabkan nak jumpa orang tersayang takpelah. tunggu teksi balik untuk ke melaka mall. adalah dalam setengah jam sampai melaka mall. pergi mcd dulu sebab jumpa isteri abang saudara. then dia bawak balik rumah.
lepak kat rumah tu sampai pukul 6 macam tu then fazira text and ckp dia dah habis kelas and nak balik siap-siap baru bertolak ke melaka mall. dalam pukul 7 lebih hantar amal tu ke melaka mall sebab kawan dia dah tunggu kat sana. berdebar-debar tunggu fazira text untuk cakap dia dah sampai. balik la dulu, bukak pintu rumah dapat text dia cakap dia dah sampai. dengan berdebar-debar naik motor pergi melaka mall. time tu anak abang saudara nak ikot. nama budak takde gigi tu danish. haha! dah sampai melaka mall, call cakap kat belakang. then ternampak la seorang perempuan berjalan dari depan, saya agak-agak tu je dia. suruh la budak danish ni jerit 'hai' lepas tu lambai. hahahhaa!
betul-betul dia lah!!!!
berdebar atas motor tu. haha! kejap lagi dia dah sampai kt motor, dia salam and duduk kat belakang. dah rasa macam bawak keluarga. hehe. dah sampai rumah abang saudara. mula-mula dia malu-malu kucing taknak masuk. kat rumah tu ada arnab, hamster. masuk kucing lagi. hee. (jangan mara bby) masuk rumah suruh dia salam dengan semua. isteri abang cakap, ni teman tapi mesra ke? haha! senyum je la. then kita orang lepak kat depan. mak long dah macam investigator tanya dia macam-macam. ada 1 soalan tu, asal mana. saja nak sakat cakap 'nogori' kuat-kuat. hahahha!
malam tu lpk2 macam biasa je. then lepas dinner ajak dia jalan kat taman. kita orang lepak la kat taman. duduk kat kerusi. then ajak dia, 'by, jom lepak situ. dalam terowong' bangun and duduk la dalam terowong tu. dia bangga muat pulak dalam tu. haha! lepak sampai pukul 12.50 kot. AWESOME time! then kita orang decide nak balik sebab dia ada kerja sikit nak buat. then lepak depan tv. dia buat kerja.
memory tak dapat di lupakan.
kita orang study sama-sama. gurau sama-sama. gelak sama-sama. ada sekali, dia tengah study, aku baring kat lantai alas bantal. then tak sedap. cakap dgn dia. 'by, nak baring kat paha by lah' aku terus baring la kat paha dia. best sangat time tu. kenangan tak dapat di lupakan. first time aku baring kat paha orang aku sayang. :') study sampai pukul 3 lebih. then dia ngantuk. dia baring kat belakang, ingat kan baca lagi, dah tertidur. haha! aku ambik selimut, selimut kan dia. then usap rambut dia. alih kan rambut kat pipi dia and kiss and cakap, 'i love you so much baby. good night' dah tu dia tidur kat lantai x alas apa-apa. kejut dia suruh tidur atas tilam. dia tidur lah kat situ. then selak lagi rambut kat pipi and kiss. hee. then tanya, 'by, nak plok boleh?' dia bagi. pelok la. tapi pelok letak tangan kat pinggang je. bukan pelok siap silang kaki lagi apa semua. then mak long keluar, nasib baik sempat duduk balik. dia tidur dalam bilik. aku dah tertidur kat depan walaupun panas.
dalam pukul 7.00am macam tu terjaga tak boleh tidur. mak long dah bangun. cakap dengan mak long, 'nak tidur dalam boleh? mak long bagi. katil dua tingkat. fazira tidur bawah, aku tidur atas. ada kak ina dalam tu. abang saudara punya adik. then aku tak boleh tidur. tak tahu kenapa. then nampak fazira bergerak-gerak. aku ambik bantal and kacau dia tidur. tekan bahu dia guna bantal, then dia tersedar. aku pandang dia and cakap good morning, i love you. :) senyum je kita orang kat katil tu. haha! then dia dah bangun aku malas nak tidur. turun bawah sembang-sembang dengan dia. ambik gambar, dengan tak mandi lagi dah kena photo shoot. haha!
ni gambar pagi tu. dia cakap comel? tang mana comel pun tak tahu lah.
then kita orang siap-siap nak keluar berjalan.
haaaaa!!! ni punya part nanti saya sambung yer. gambar-gambar tak dapat lagi.
btw, ni clue for next part of story. :D
hey geng! ha sambung cerita jom! pasal gambar atas ni. cerita sambung hari sabtu. kita orang patut tunggu abang saudara dalam pukul 12 macam tu nak dia hantar ke dataran pahlawan. tapi pukul 10 kita orang dah siap. semangat nak date kan? ahah! kita orang decide pergi sendiri. jalan ke melaka mall and ambik cab ke dataran pahlawan. dah keluar rumah tu, isteri abang saudara tanya, memang minat jadi photographer ke. aku dengan selamba cakap, tak la. teman dia ni je. terus dia pandang aku. hahaha! then kita orang jalan la ke melaka mall. nampak benda alah macam kat atas tu. dia tanya aku, 'sayang, apa benda tu'? aku jawab tempat orang cina berlatih tarian naga nya. dia cakap yke. aku gelak. lepas tu kena cubit. haha! sakit pulak tu. tergelak-gelak aku time tu. jalan ke melaka mall tu sebernanya jauh sikit je. tapi dah jalan dengan orang tersayang kan, tak terasa lah. hehe. dah sampai melaka mall tu, mula-mula tahan teksi tapi penuh. then ada teksi berhenti kat depan. alhamdullilah. mula la perjalanan ke dataran pahlawan.

then decide nak pergi dataran pahlawan tengok movie. on the way tu singgah gerai kat tepi tu. ada buat rantai siap nama lagi. kita orang buat lah. nak tengok?
ni la rantai nya. hee. :)
masuk-masuk dataran pahlawan jumpa kedai branded outlet. masuk la aku tengok seluar slack. lawa kot warna purple. dia minat, aku pun minat. aku cakap nanti beli. 2suar rm 79.90. okay la and 3 baju rm50. decide kemudian. pergi beli ticket wayang dulu. cerita pukul 4.30 kul 2.30 dah beli ticket.
journey to mystery island. :)
baby, baby orang pertama teman sayang shopping. thank you. :')
dah lepas tu kita orang pergi movie. on the way tu, dia beli kan aku something.
ni lah dia. terima kasih kekasih hati ku. rasa bersalah lak tak beli apa-apa untuk baby. hmm. :(
lepas movie kita orang jalan kat mahkota parade balik. lepak-lepak kat mcd sana balik.
nak buat jadi ni
------>
tak lawa! saya tiada bakat artis! :D
then nak pergi tukar rantai. sebab satu tu rosak. berjalan lah balik ke tempat tukar rantai. haha! then decide nak naik river cruise. tapi kena cocok duit dulu maa. pergi keluar duit and beli aiskrim chocotop. oh yeah! then kita orang jalan ke river cruise. mula- mula ingat jauh. jalan la seberang padang tu. sempat ambik gambar kat a famosa tu. kat bawah je lah.
ni ha! muka penat. haha!
lepas ni decide nak naik beca. tanya harga. rm10. okay la. dapat rehat kejap. jumpa pulak beca takde lampu. boleh pulak cakap. 'ala bang... ni takde lampu' haha! dia respon, ada-ada. kejap. aku boleh terlepas cakap lagu pun takde. mengada gila. haha! then cakap la, 'eh bang kita orang gurau je. hehe. gelak-gelak naik beca. tetiba abang tu pasang lagu. lagu i'm sexy and i know it. semua orang pandang kita orang kot. bila part wiggle tu tak boleh buat. terbalik beca tu kang. hahaa! bila dah sampai river cruise boleh pulak orang tu lupa ingatan kejap. hehe. dia tanya. 'sayang, beg camera dah bawak? eh sayang camera mana?' aku blur kejap. then dia dah back to normal dia cakap, ' eh kat tangan by' hahahhahahaha! takpe, orang penat camtu lah. then naik river cruise. my first time!! yeay! naik dengan orang tersayang pulak tu kan. :)
time river cruise ni kan. ada orang pening. tapi boleh lagi snap2. haha! aku tengok dia dah pening. terus bagi dia baring kat bahu aku. kesian nya bby. orang-orang dalam bot tu dah pandang dah. haha! tak tahu kenapa. lantak dia orang la. bukan buat apa-apa pun kan. then best nya. nak turun kat belah lagi satu. kita orang tak tahu kena bagi tahu. so, patah balik dataran. si fazira ni dah pening tak sampai setengah jalan, ni kena hadap balik. hehe. tapi takpe, aku ada untuk dia masa tu. :) seronok dapat naik river cruise dengan dia. thanks baby. lepas dah naik darat balik. peh ayat. naik darat. haha! apa-apa lah. kita orang nak pergi jonker walk. punya la ramai macam sardin!!! haha! risau aku pasal dia dengan ramai orang. aku sambut tangan dia and guide dia lah. ada sekali jalan tepi sungai tu, kita orang berhenti kejap sebab orang ambik gambar. tapi dia bagi kita orang jalan dulu. aku cakap lah thank you. then cakap macam biasa dengan fazira. haha! best nya, fazira dengar orang tu cakap, malay or chinese? aku tak dengar. fazira yang cakap. hahaa! tergelak aku. untung le awok dapat boyfriend muka cina. tapi memang ada darah cina pun. hehe. so, jawapan untuk orang tu, i'm a malay chinese! yeah! hahaha! lepas dah balik tu kita orang pergi dataran pahlawan untuk tunggu abang saudara ambik kan.

muka taknak kalah kan. hahaa!
(lepas tu abang saudara ambik. balik rumah)
ada lagi cerita. nanti sambung. next clue??? aku NANGIS!! wait for it. :)
hello2! kopi ke milo? :) okay sambung story yer. cerita nya bermula apabila kita orang study lagi pasal dia punya subjek. mula-mula dia study, aku transfer gambar dalam laptop abang saudara. ingat nak masuk dalam phone. tapi tah gila. haha! tak jadi lah. then aku baring atas katil dia study kat bawah. teman dia study. translate kan. hee. lepas dia dah habis study, aku baring kat atas katil dia. dia buat apa tah. then aku cakap dengan dia, 'by, nak nangislah' dia tak pandang. aku pusing ke arah lain tutup muka guna bantal then air mata aku start mengalir. :') aku terfikir beberapa pekara je. siapa nak lepak dengan aku nanti lagi macam ni? siapa aku nak pelok time tengah jalan? siapa aku nak gurau? siapa nak cubit aku? siapa nak tolong sikit-sikit dia study? siapa aku nak suap. terus mata aku mengalir. mula-mula dia tak sedar. then aku toleh ke belakang and sentuh bahu dia, dia pandang and nampak aku nangis. cepat-cepat aku terus pusing balik. dia tarik aku untuk hadap dia. aku baring macam biasa pandang atas. then aku pandang mata dia. mata dia pun dah berair dah. sebelum air mata dia jatuh, aku lap air mata dia dulu. then aku usap-usap pipi dia. cakap dengan dia apa aku fikir tadi. mata dia lagi banyak mengeluarkan air. apatah lagi aku. :'( then kita tengok gambar kat camera tu balik. aku dah rasa sedih bila tengok gambar-gambar tu. macam macam mimik muka aku buat. sambil tengok gambar tu, aku baring atas katil dia duduk bawah. aku pelok dia dari belakang letak kepala kat bahu dia. best gila time tu. ingat lagi dia cakap, 'taknak gelak dah la. nanti rindu sayang'. dalam pukul 4 camtu kita orang stay. then dia dah ngantuk gila. esok kena bangun awal lagi.
pagi ahad, aku bangun sebab dia kejut. time tu la aku bangun dia ada kat sebelah. best. then dia cakap kawan dia ambik pukul 10. then ak decide nak breakfast dulu. kita orang ke mcd melaka mall. order then duduk lah. dia taknak makan. aku sedih sangat. ni last boleh makan bersama tapi dia taknak makan. kalau taknak, try la untuk senang kan hati aku. tapi takpe lah. then dia cakap, 'kawan dah nak sampai' aku terus tak boleh makan and hati sebak gila. aku ajak duduk kat luar. tak cakap apa pun. mengharap kan dia cakap apa-apa. sebab aku terlalu sedih. then dia pandang satu kereta dia cakap ha tu kawan. aku pandang then hati dah rasa sebak gila. dia macam seronok je nak balik. hurm. then dia salam aku and masuk kereta and then dia lambai, mata dah bertakung dah. bila dah tak nampak dia, basah pipi aku lagi pagi tu. tak henti-henti air mata keluar. mata dah hitam, lebam lagi tu. dengan nangis lagi. lama jugak aku duduk kat mcd tu sorang-sorang. saat tu aku sedar, hidup aku dah kembali kosong and takde siapa nak bergurau, gelak. aku tahu aku tak dapat lagi macam tu. bila dah stop nangis aku masuk melaka mall and prepare nak balik. malam tu aku nangis lagi. aku nangis selama 3-4 hari berturut-turut. :'(
okay la tu jer cerita pasal first meeting. thank you. sorry sebab panjang. banyak kenangan. sorry! peace never became war. :D
No comments:
Post a Comment